Thursday 30 March 2017

Samsung Galaxy S8

Tak Sampai 24 Jam Yang Lalu Samsung telah melancarkan peranti terbarunya iaitu Samsung Galaxy S8. Kali Ini Samsung mengeluarkan 2 versi iaitu S8 dan S8+. S8 didatangkan dengan Skrin  bersaiz 5.8 inci manakala S8+ mempunyai skrin Bersaiz 6.2 inci. Namun tarikh sebenar peranti ini akan sampai ke Malaysia belum diketahui.

Ciri-Ciri S8 & S8+
1.  Peningkatan yang paling ketara dalam peranti terkini daripada Samsung ini ialah "Infinity Display". Kebiasaan skrin telefon bernisbah 16:9, kali ini samsung memperkenalkan nisbah 18:9 membuatkan skrin menjadi lebih panjang. Skrinnya yang melengkung di kiri dan kanan memperlihatkan seolah-olah telefon ini tidak berbingkai.

2.  Kamera yang digunakan ialah 12 megapixel bagi kamera utama dan 8 megapixel untuk camera hadapan. Kamera utama menggunakan sistem sensor dwi-pixel agar gambar yang diambil lebih cantik samada siang atau malam.

3.  S8 kali ini memperkenalkan semula "iris-scanner" yang terdapat pada note 7. Fungsi ini membenarkan anda untuk "unlock" telefon anda hanya menggunakan mata anda. Fungsi ini akan meningkatkan lagi tahap keselamatan telefon selain fungsi pengesan cap jari.

4.  Samsung S8 masih mengekalkan rating IP68 bagi kalis debu dan air sehingga 1.5 meter selama 30 minit. Boleh lah berselfie dalam air.

5.  Kedudukan Pengesan cap jari juga telah diubah ke bahagian belakang besebelahan dengan kamera utama. Kedudukan yang agak kekok bagi saya.

6.  Tiada lagi butang Fizikal bagi butang Home. Butang home telah digantikan dengan heptic feedback. Fungsi yang hampir serupa dengan Iphone 7. 

Semalam Samsung juga memperkenalkan beberapa Gajet terbaru antaranya Gear 360, Gear VR yang mempunyai wireless controller dan juga Samsung DEX dimana membolehkan S8 berfungsi sebagai PC apabila disambung dengan Monitor.

Ini sedikit sebanyak fungsi yang ditawarkan oleh Samsung S8 dan S8+ ini. Keseluruhannya peranti ini nampak menarik dan nipis, kena tunggu dan merasai. Agak-agak berapa lah harga termasuk cukai bila sampai Malaysia nanti. Sama-samalah kita tunggu dan fikir-fikir untuk membeli atau tidak.

Lontarkan pendapat anda dibahagian komen dan sila follow blog ini.tqvm.

Monday 20 March 2017

"Contact Backup" Jangan Ambil Mudah!!!


Pernahkah anda mengalami situasi apabila anda kehilangan telefon atau menjual telefon TAPI!!!!! takde "Backup Contacts" dimana-mana. Pada saat ni mesti stress kan.. Bukan sepuluh dua, tapi beratus Contacts hilang macam tu sahaja. Beli telefon baru mudah sahaja tapi macam mana nak dapat balik semua no telefon itu semula.. Saya kongsikan beberapa tips yang boleh anda lakukan.

1.  Menyalin Contacts di dalam Memori Card
Jadikan amalan sentiasa membuat salinan di dalam memori card anda. Untuk kebanyakkan samsung & android begini caranya. Pergi ke Contacts>>More>>Settings>>Import/Export contacts>>export>> pilih export to SD card. Telefon akan menyimpan di dalam memory card di dalam format .vcf . Anda hanya perlu import semula fail ini ke dalam telefon yang baru. Kaedah ini berguna jika anda menjual telefon tapi kad memori diambil semula.

2.  Upload pada Google drive 
Setelah contacts telah di backup di dalam kad memori seperti kaedah diatas, ada baiknya jika ia dimuat naik kepada google drive.Jadi anda boleh download semula apabila anda memerlukannya. Kaedah ini baik memandangkan ada sesetengah telefon bimbit didatangkan tanpa slot memori kad tambahan seperti Galaxy Note 5.

3.  Aktifkan Sync Contact
Pergi ke Setting telefon anda, pilih Account >> Google >> Klik Pada email anda >> Sila Tick pada Sync Contact. Fungsi ini akan syncronize semua contact secara automatik di dalam talian. Namun funsi ini memerlukan sedikit data. Namun jangan lah anda risau, fungsi ini tidak menggunakan data yang banyak. Fungsi ini juga dapat membantu jika bateri telefon anda habis dan anda perlukan no telefon seseorang dengan segera. Anda hanya perlu cari komputer yang ada internet taip laman web https://contacts.google.com/ , log masuk dan anda boleh mendapatkan no telefon yang anda perlukan seperti contoh dibawah.


Mungkin anda rasa cara backup contact ini agak remeh, namun ia akan rasa berbaloi jika sesuatu yang tidak diingini atau kecemasan berlaku pada diri anda. Tak salah membuat persediaan awal kan..

Semoga sedikit perkongsian tips ini dapat membantu anda.. Jika ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila lontarkan dibahagian komen. Jangan lupa untuk follow Blog ini.

Sunday 19 March 2017

Lazada birthday Blogger Contest




Setiap tahun kita akan menyambut ulangtahun kelahiran kan, tidak terkecuali juga kepada Lazada Malaysia, tahun ini Lazada Malaysia akan menyambut ulangtahun ke-5 nya. Memandangkan Lazada ni satu-satunya online store yang saya sering membeli belah terutamanya barangan Gajet. Bila tengok ramai para blogger buat entri tentang peraduan ni, tergerak hati nak menyertainya.

What Do I love About Lazada Malaysia?
1.   Pertama sekali, perlindungan pelanggan. Itulah perkara yang paling dititikberatkan apabila seseorang ingin membeli belah secara online. sebenarnya bukan semua orang berani membuat transaksi secara online. Jangan risau, Lazada Malaysia melindungi anda.

2.   Mempunyai senarai barangan yang luas, yang paling menariknya, Lazada Malaysia bukan hanya menyediakan barangan dari dalam negara, Pelanggan juga boleh membeli barangan dari luar negara. Kebanyakkan barangan dari luar negara ni penghantarannya PERCUMA. Setakat ini saya jumpa perkhidmatan ini di Lazada sahaja.

Top three Product picks from Lazada Malaysia
Memandangkan saya ni penggemar gajet, tentunya pilihan saya gajet juga..

1. DJI Osmo Mobile
http://www.lazada.com.my/dji-osmo-mobile-handheld-stabilized-gimbal-17346168.html?boost=2
Fungi gimbal ini adalah untuk menstabilkan rakaman video agar hasilnya lebih cinematic. Gajet yang sangat penting bagi travel blogger untuk menghasilkan Vlog yang cantik. Ia Juga sangat bagus untuk yang gemar mengambil timelapse video.

2. Sandisk Connect
http://www.lazada.com.my/sandisk-connect-wireless-stick-32gb-usb-flash-drive-for-iphoneamp-android-black-9855215.html?rb=1357
Sandisk Connect ini pula berfungsi untuk memudahkan pemindahan data daripada telefon bimbit atau pun Kamera terus kepadanya melalui sambungan wifi. Jadi tak perlulah membawa laptop yang berat bersama-sama ketika travel. Hanya perlu sambungkan pada powerbank dan terus sambungkan kepada wifi..

3. Aukey 16000 powerbank

http://www.lazada.com.my/aukey-qualcomm-certified-16000mah-quick-charge-3-powerbank-qc30pb-t9-note-7-htc-12281693.html?rb=17999&boost=2
Kenapa saya pilih jenama Aukey? 1 sebab paling utama, ianya "support Fast-Charging". Memandangkan saya menggunakan Note 5 dan Wifey pula guna A7 dimana kedua duanya mempunyai ciri "fast Charging. Ia boleh penuhkan bateri telefon tak sampai pun  sejam. Cepat & Pantas!!


How do you think Lazada Malaysia can improve?
1.  Saya rasa sudah tiba masanya Lazada Malaysia mempunyai Gudang sendiri agar semua barangan tersimpan dan menggunakan kaedah Centralised Shipping. Dengan itu Lazada boleh mempunyai QC tersendiri agar dapat menjaga kualiti barangan yang akan dihantar dan juga pengurusan stok akan lebih rapi.

2.  Untuk barangan yang dihantar dari luar negara, Agak menarik kalau pihak Lazada Malaysia dapat memendekkan masa penghantaran dari 14 hari bekerja ke 7 hari bekerja.


===============================================================================================


Terakhir sekali, " I would like to wish Lazada Malaysia happy 5th birthday, may your team have a prosperous year so you can continue giving us your customer a very good service and i wish Lazada Malaysia to grow stonger and become number 1 in online shopping "

Wednesday 15 March 2017

Larangan Visor Helmet Gelap : Baik atau Mengarut?

Sejak dua menjak ni semakin kerap polis buat sekatan jalan raya di sekitar ipoh & terutamanya di Batu Gajah. Tak Tahu kenapa?? Ramai yang kata sebab... Semalam selepas minum pagi dengan menaiki motosikal nak menuju semula ke pejabat. Bertembung lah dengan "Roadblock". Mulanya ingatkan abam2 polis ni dok singgah makan sebab takde letak sebarang kon & Papan tanda sekatan yang seperti biasa. Sekali kena tahan la pulak..

Sebelum tu ade jugak tengok penunggang motosikal yang lari. Memikirkan motosikal "standart" je & rasa tidak ada salah apa-apa. Diorang minta lesen memandu dan kad pengenalan. Sekali polis cakap "Visor" ni salah dan saya diminta untuk ketepi. Hadoii..nak kena saman lah pulak. Tengok dah 5-6 biji moto yang dah disaman. Nasib baik la saya tak kena saman dan diberi amaran sahaja.. Alhamdulillah.. Hanya visor yang jernih sahaja yang dibenarkan, gelap sikit pun tak dibenarkan.

Namun, apakah rasional larangan ini dibuat, dengar-dengar kata sebab apabila berlaku kes samun, tembak & rompakan yang melibatkan motosikal, si pelaku jenayah itu memakai visor yang gelap sehingga tak dapat melihat wajah penjenayah itu untuk pengecaman. Untuk ini bagi saya agak rasional.

Tapi sebagai penunggang motosikal biasa, tujuan memakai visor yang gelap ini adalah untuk keselesaan ketika membawa motosikal ketika waktu tengahari yang panas terik. sedikit sebanyak dapat membantu mengelakkan silau dan mengantuk. Almaklumlah cuaca sekarang ni lain macam panasnya.

Sebagai pendapat, kalau boleh dipertimbangkan agar ada kadar peratusan telus cahaya diperkenalkan untuk visor seperti yang dikeluarkan untuk tinted cermin kenderaan persendirian. Seperti kereta, cermin hadapan perlu 70% telus cahaya, untuk visor helmet seeloknya mengikut spesifikasi yang sama.

Rumusannya, larangan ini ada baik dan kurangnya dari aspek keselamatan. apakah pendapat anda?? Sila follow blog saya & lontarkan pendapat anda di bahagian Komen.