Wednesday, 12 June 2019

Rahsia Di Sebalik Kejayaan Produk Rempah Mak Siti

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Salam Syawal semua, masih dalam mood raya atau sudah meneruskan hidup seperti biasa? Tapi biasanya selagi belum habis bulan Syawal ini masih ramai yang merancang rumah terbuka untuk saudara mara dan rakan taulan. Bercakap tentang rumah terbuka pastinya tuan rumah akan menyediakan menu juadah yang istimewa untuk para tetamu, jadi sudahkah anda memilih menu yang bersesuaian? Hari ini nak kongsi sikit tentang satu jenama yang tidak asing lagi di pasaran iaitu produk rempah ratus Mak Siti. Sangat biasa didengar atau pernah jumpa dimana-mana kedai berdekatan anda bukan? Amat tertarik untuk mengetahui bagaimanakah produk tempatan ini mampu diperluaskan di pasaran.


Pada awalnya Mak Siti ditubuhkan untuk menyara keluarga pada ketika itu secara kecil-kecilan untuk menampung kehidupan sekeluarga. Berkat usaha dan pengedaran yang pada masa itu dibuat di kampung-kampung dan bandar-bandar kecil akhirnya Mak Siti dikenali.


40 tahun dalam pasaran, Rempah Mak Siti memang sangat terkenal di Johor Bharu. Produk yang ‘wajib’ ada didalam dapur rumah ini menjadi kesukaan ramai kerana kelainan rasanya yang bebas dari penggunaan perasa, pewarna dan juga pengawet.
Kemunculan resepi turun temurun yang asli ini sebenarnya ada jalan cerita, pahit manis buat  Puan Siti Khawa Jannah dan suaminya Tuan Mohd Hafizan Yusoff yang menyambung legasi perniagaan keluarganya.
Setiap orang yang berjaya pasti ada permulaan yang hebat, cabaran yang besar dan semangat yang kuat yang ada dalam diri mereka. Menjadi pengasas produk atau jenama terkenal adalah idaman ramai orang.

Tapi ramai yang tidak pasti apakah langkah pertama yang mereka perlu ambil, apakah cabaran yang akan dihadapi dan bagaimana mereka lalui semua cabaran dan halangan sehingga menjadikan mereka terkenal.
Orang kata menjadi anak founder adalah satu anugerah! Di saat orang lain bergelut nak mulakan perniagaan tapi bagi mereka, lahir-lahir saja bisnes dah ada untuk mereka. Tapi ramai yang tak tahu betapa mereka terpaksa bergelut untuk mengembangkan bisnes milik keluarga mereka ini.
Puan Siti dulu selalu tertekan kerana di bahunya terpikul harapan dan beban untuk memajukan bisnes keluarga sedangkan beliau tidak mempunyai pengalaman. Selepas beliau habis belajar dan terjun dalam dunia bisnes keluarga, keadaan bisnesnya adalah tidak tentu arah. Berlaku penyelewengan di kalangan pekerja dan ramai pekerja yang tidak percaya kemampuannya.

Terdetik dalam fikirannya, kenapa Rempah Mak Siti tidak mampu untuk bersaing dengan jenama-jenama lain yang berada di pasaran Malaysia dan antarabangsa. Meneruskan bisnes yang dah bertapak sejak turun temurun bukan satu tugas yang mudah lagi-lagi nak pastikan perniagaannya akan terus bertahan dan menjadi legasi satu hari nanti.
Sampai satu tahap beliau rasakan yang sales dah stagnant, tidak ada perubahan dan beliau anggap pasaran dah mula tepu dan tiada lagi masa depan untuk perniagaannya di Malaysia.
Puan Siti Khawa Jannah Nasuha yang merupakan Pengurus Besar Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd telah membuat pembaharuan serta penjenamaan baru rempah ratus MAK SITI daripada paket biasa sehingga sekarang diperkenalkan rempah ratus di dalam botol.

Rempah Mak Siti adalah produk yang semulajadi, tidak mengandungi pewarna dan perasa tiruan dan sesuai bagi vegetarians. Produk utama adalah Serbuk rempah Kari Daging, Serbuk Rempah Kari Ikan, Serbuk Rempah Sup, Serbuk Rempah Sup Soto, Serbuk Rempah Rendang, Sup Tulang, Sup Punjut, Sup Soto dan Raja Sup. Kini produk rempah ratus Mak Siti ada dijual di kedai-kedai runcit, Pasaraya dan Hypermarket (TESCO, Giant, Aeon Big, JUSCO dan Mydin).

Syarikat kini mempelbagaikan lagi jenis produk dengan menghasilkan produk rempah dalam botol seperti Emping Cili (Chili Flakes), Serbuk Cili, Daun Limau Purut, Serbuk Daun Limau Purut, Serbuk Kayu Manis, Serbuk Halia, Serbuk Lada Putih, Serbuk Lada Hitam dan Serbuk Kunyit. Produk-produk ini telah mula diperkenalkan semasa Expo MIHAS 2017 baru-baru ini dan  mendapat sambutan yang amat menggalakkan.


Sebelum meneruskan legasi keluarga, Siti Khawa menimba pengalaman kerja daripada bawah. Siti Khawa pernah menimba pengalaman bekerja sebagai pelayan restoran, juga sebagai kerani di sebuah firma audit dan perakaunan. Setelah itu, Siti Khawa diberi mandat oleh keluarganya untuk meneruskan legasi keluarga..Minat yang mendalam Siti Khawa dalam perniagaan sebenarnya timbul sejak kecil lagi.Semasa berumur sekitar 8-10 tahun, Siti Khawa telah mulakan perniagaan secara kecil-kecilan. Siti Khawa tidak perasan akan minat tersebut sehinggalah pada masa itu, Siti Khawa berniaga air dan jajan di Kawasan perumahan beliau. Perasaan berniaga pada masa itu hanyalah sekadar suka-suka. Perniagaan kedua yang diceburi adalah apabila beliau cuba berniaga keronsang dan rantai tangan dan leher yang dibuat sendiri daripada manik yang dipelajari oleh seorang kenalan. Dan perniagaan ketiga adalah apabila beliau mengambil inisiatif untuk memulakan perniagaan sebagai seorang pustakawan kerana terdapat terlalu banyak buku yang dibaca beliau kemudian dipinjamkan kepada kawan-kawannya dimana pinjaman buku tersebut memerlukan deposit.Ketiga-tiga pernigaan tersebut dilalui semasa beliau di zaman sekolah rendah lagi.
Sewaktu mula-mula bekerja dengan Mak Siti adalah antara detik mencabar ketika itu. Beberapa situasi dimana pada ketika itu Siti Khawa masih muda dan mentah dalam selok belok ilmu perkilangan sehinggalah pengedaran. Antara cabaran lain pada ketika itu adalah untuk menjaga team yang rata-rata nya lebih matang daripada Siti Khawa pada ketika itu. 


Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan termasuklah penyelewengan oleh pekerja yang lebih matang daripada siti Khawa pada ketika itu yang melibatkan sejumlah amaun ratusan ribu ringgit.Walaubagaiamanapun, pengalaman- pengalaman ini yang mendewasakan siti Khawa. Atas sebab itu, siti Khawa bertekad untuk benar-benar mempelajari ilmu dan selok- belok perniagaan walau apa pun terjadi. 

Persaingan produk bukanlah perkara utama Siti Khawa. Siti Khawa akan hanya fokus kepada pesaingan yang melibatkan diri sendiri iaitu “ adakah tahun ini kita buat lebih baik daripada tahun sebelumnya”. 

Setiap kali apabila merasa mahu putus asa, sebenarnya di saat itulah saat yang kita patut bangkit dan melawan perasaan itu.Siti Khawa juga tidak gemar melayan perasaan sedih terlalu lama. “Sekiranya ada sesuatu cabaran berlaku, Siti Khawa yakin itu adalah proses pembelajaran untuk ke peringkat yang lebih baik dan seterusnya”Ujarnya.
Perancangan mereka untuk 2019 adalah untuk memperluaskan lagi jenama Rempah Mak Siti ke seluruh negeri dan juga untuk memberi pendedahan kepada pengguna Mak Siti yang kini, mereka boleh peroleh produk Mak Siti di dalam botol setaraf dengan jenama antarabangsa.



Tonggak utama Puan Siti khawa semestilah ibu dan bapanya,Ibu dan bapanya adalah seorang yang amat kuat bekerja dan berusaha dalam memperbaiki kehidupan. Ini adalah kerana pada asalnya keluarga ini bukanlah daripada kalangan keluarga orang berada.Tidak asing lagi bila diperkatakan perniagaan rempah ratus yang terkenal iaitu MAK SITI .Lebih 35 Tahun perniagaan rempah ratus ini diusahakan oleh Pengasas Syarikat Nasuha Enterprise Sdn Bhd iaitu Tuan Haji Nasuha Kasin (Pengarah Urusan) dan Puan Hajah Hajir Salleh (Pengarah).



Pernah juga ibu bapa di kutuk dan dihina kerana pada masa dahulu kononnya bekerja di dalam sektor kerajaan adalah amat dihormati berbanding dengan berniaga “hanya rempah sahaja”.Ketika itu, perniagaan rempah ini diambil enteng kerana belum nampak lagi “buah dan isinya”.
Ternyata, itu semua bukanlah satu pengakhiran.Ianya merupakan pembakar semangat keluarga ini untuk terus berusaha menjadi yang lebih berjaya.
Kilang Mak Siti pada awalnya diusahakan di 2 lot rumah kedai sahaja. Diatas lot kedai tersebut dimana keluarga kecil ini meneruskan kehidupan sebagai peniaga. Tidak kenal erti siang dan malam kerana disulah perusahaan rempah dan disitulah juga tempat tinggal.
Pada tahun 2000, keluarga ini mengambil keputusan untuk berpindah ke Muar, Johor apabila perniagaan mereka semakin berkembang. Disana sana mereka beroperasi di atas tanah seluas 3200 ekar. Di Muar tersebut pelbagai aktiviti dijalankan antaranya perladangan, pemprosesan rempah ratus sehinggalan pengedaran rempah ratus. Ladang ini juga penah dinobatkan sebagai Malaysian Guiness Book of Record 2014 sebagai ladang herba terbesar di Malaysia yang mempunyai hampir lebih kurang 6000 species rempah ratus dan herba.


Ladang dan kilang   terletak di Batu 12, Jalan Muar-Pagoh, Muar, Johor  yang merangkumi  kawasan seluas 3,200 ekar. Ladang ini juga telah mendapat pengiktirafan sebagai “ The Largest Herbs & Spices Plantation’ oleh The Malaysia Book of Records (MBR).
Selain daripada mengusahakan ladang Rempah RatusPuan Hajah Hajir Salleh (Pengarah) atau lebih dikenali sebagai Mak siti juga mengusahakan sebuah restoran .“Melayu sememangnya terkenal dengan nilai dan elemen tradisional yang diwarisi dari zaman ke zaman. Bahan-bahan masakan yang sering digunakan seperti cili, serai, ketumbar, santan kelapa dan rempah ratus dilihat terus kekal hingga hari ini dan membuatkan rasa serta keenakannya tidak banyak berubah”.ujar Mak Siti

Walau apa cara sekali pun, masakan Melayu tetap dilihat sebagai antara masakan yang unik dan enak dengan gabungan rasa manis, pedas, masin dan masam. Jika ditanya rahsia keenakan masakan Melayu sudah tentu disebabkan rempah asli atau bahan asas yang segar.

Bagi Mak Siti, keistimewaan hidangan yang ditawarkan pihaknya terletak pada konsep masakan ibu yang disediakan oleh beliau sendiri.

Misalnya, kesemua hidangan yang disajikan di sini menghidangkan masakan Melayu tradisional yang pastinya berpatutan dengan harga yang ditawarkan.


“Kami menawarkan lebih kurang 40 jenis masakan Melayu asli tanpa masakan gabungan (fusion Food) seperti yang ditawarkan di mana-mana restoran lain yang terdapat di sekitar Kuala Lumpur.

“Sebab terlalu banyak restoran menyediakan masakan gabungan, saya ingin berikan suatu kelainan terhadap sentuhan masakan asli yang pastinya lebih kena dengan selera orang tempatan,” jelasnya.

Dari pelbagai variasi lauk-pauk seperti gulai sayur nangka, ikan bakar, pecal, sayur lodeh, daging masak lada hitam dan ulam pastinya membangkitkan selera mereka yang menggemari masakan Melayu asli.

Mak Siti berkata, restorannya ini mempunyai penggemarnya tersendiri. Bukan setakat orang Melayu, Cina malah pelancong asing juga berminat dan gemar pada masakan Melayu .

Seperkara lagi yang menarik tentang restoran ini ialah masakannya tidak menggunakan perasa tiruan seperti MSG. Sebaliknya, Mak Siti memilih untuk mempelbagaikan rempah dan herba Melayu asli daripada Rempah Ratus Mak Siti serta memastikan pemilihan bahan mentah seperti sayur, ikan, ayam, daging segar supaya kualiti keenakan masakan sentiasa terjamin.


Bahan-bahan yang digunakan dalam rempah ini terdiri daripada bahan yang segar dan bebas daripada sebarang bahan awet serta ejen pewarna. Dengan adanya rempah ratus yang dihasilkan menggunakan bahan segar dan dikisar menurut standard kualiti cukup tinggi, pastinya mudah untuk sesiapa menyediakan pelbagai resipi kegemaran di rumah tanpa perlu risau rasa masakan berubah daripada kebiasaan.

“Di sini, kami mengutamakan kualiti berbanding kuantiti. Pelanggan boleh memilih menu daripada pembuka selera, salad, sup, masakan laut dengan harga berpatutan. Kami juga menyediakan menu percubaan, iaitu hidangan dalam kuantiti kecil untuk tujuan rasa.

Dengan cara ini tetamu kami dapat merasa lebih keistimewaan dan membuat pilihan yang sesuai dengan cita rasa mereka,” ujar anak kelahiran Perak ini.
Jadi jika korang nak beli produk rempah ratus Mak Siti ini korang boleh pilih untuk ke kedai atau membelinya secara atas talian.

Whatsapp : 017-330 9330

Sunday, 5 May 2019

Berita baik untuk Penjawat Awam dari TM

Assalammuaikum, lama dah xupdate entri blog ni..

Berita baik untuk penjawat awam yang disajikan oleh TM ni adalah "Pek Jasa". Mulai April 2019, pihak TM telah menawarkan Pakej RM99 kepada RM59 (tak termasuk SST yea) khas kepada semua penjawat awam yang berstatus TETAP sahaja.. Pek Jasa ni menawarkan panggilan telefon, sms dan data tanpa had kepada penggunanya.

Jasa pek ini akan mempunyai kontrak selama 2 tahun, Namun begitu, jika membuat pendaftaran sebelum 30 Jun 2019 tiada sebarang kontrak yang akan dikenakan. Pelanggan juga boleh mengekalkan nombor yang sedia ada, hanya perlu "port in" sahaja. Tapi kena pastikan anda tiada sebarang bil tertunggak atau "blacklist" dari telco lama.

Untuk melanggan anda hanya perlu ke TM Point yang terdekat. Anda perlu membawa sedikit dokument pengesahan seperti:-
           1.   Salinan Kad Pengenalan
           2,   Salinan Kad Pekerja
           3.   Cetakan Data peribadi (Hrmis)
           4.   Cetakan pengesahan jawatan tetap (Hrmis)

Anda juga akan dikenakan bayaran sebanyak RM100 ketika membuat pendaftaran, tp jangan risau, duit itu akan ditolak bagi bulanan anda. Jadi cepat rebut peluang yang ditawarakan oleh TM ni.. Untuk maklumat lebih lanjut klik pada link ini https://unifi.com.my/pekjasa/assets/pdf/Microsite%20Jasa%20Pack%201.pdf



Friday, 15 December 2017

Penerima BR1M : Cara Menuntut Khairat Kematian

Salam.. mungkin ramai yang tidak tahu atau terlupa tentang bayaran khairat kematian bagi waris penerima BR1M. Untuk maklumat semua, anda layak untuk menuntut khairat kematian sebanyak RM1000.

Pada bulan Oktober yang lalu Bapa mertua telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Seperti biasa segala urusan wasiat semua perlu dilakukan dengan segera, Bukan itu sahaja, segala tuntutan yang layak dimohon juga perlu untuk membantu waris meneruskan kehidupan. 

Mungkin sering kali kita terlupa tentang khairat kematian ini dimana ia boleh dituntut jika simati mempunyai insuran yang meliputi kematian seperti insuran nyawa.

Jika simati itu adalah penerima BR1M pula, waris yang didaftarkan layak untuk menuntut Khairat kematian ini sebanyak RM1000, disini saya akan terangkan prosedur untuk membuat tuntutan ini kerana prosesnya agak mudah.

Waris perlu menghadirkan diri dimana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang terdekat, wakil tidak dibenarkan kerana pihak bank perlukan cap jari. Dokumen yang perlu dibawa bersama-sama adalah:-
  • Kad pengenalan waris
  • Sijil kematian asal
  • Sijil Nikah (Asal - Jika waris adalah isteri)
Selain waris menerima Khairat Kematian, waris juga boleh menuntut bagi BR1M yang masih belum dituntut.

Semoga perkongsian ini dapat dibantu.


Wednesday, 15 November 2017

Promosi Terhebat Streamyx & UniFi 2017. 8Mbps RM89???

Kini Telekom Malaysia telah kembali lagi dengan promosi terhebat pada tahun 2017 ini. Kali ini TM mengadakan Promosi Bonanza yang dikhaskan untuk pelanggan yang baru sahaja. Diskaun yang diberikan sangat mengujakan bagi pakej jalur lebar. Promosi ini melibatkan  Streamyx dan juga UniFi.

Pakej yang ditawarkan ini hanya boleh didapati di TM Point terdekat anda. Biasanya ajen-ajen yang bukak booth di Tesco contohnya tidak akan menawarkan atau menerangkan tentang pakej ini. Jadi rajin2 lah untuk ke TM point dan bertanya. Tapi pakej ini hanya untuk pendaftaran yang baru sahaja, kepada yang telah mempunyai akaun perlulah untuk menutup dan membuka semula akaun baru untuk menikmati Pakej ini. Tetapi harus diingat, pakej ini sah untuk 2 Tahun sahaja. Selepas itu harga akan kembali ke asal.

Antara pakej Streamyx yang ditawarkan :
  • Streamyx Broadband 1Mbps – RM68
  • Streamyx Broadband 2Mbps – RM83
  • Streamyx Broadband 4Mbps – RM88
  • Streamyx Broadband 8Mbps – RM89
Antara Pakej UniFi yang ditawarkan
  • Unifi Pro 100Mbps – RM239
  • Unifi Advance Plus 50Mbps – RM189
  • Unifi Advance 30Mbps – RM139
  • Unifi Lite 10Mbps – RM129
Tapi saya hanya ambil pakej Streamyx 8Mbps sahaja kerana itu pun sudah memadai untuk digunakan di rumah. Selepas membuat pendaftaran, kontraktor TM akan datang untuk membuat pemasangan dalam masa 7 hari bekerja, tapi xsampai 3 hari wakil TM telah hadir. Untuk Pakej yang saya ambil dibekalkan bersama SET-TOP BOX HyppTV secara percuma. Set-top box ini membolehkan anda menonton TV streaming ala-ala astro tetapi dengan channel yang terhad.

Kepada yang ingin mendapatkan pakej ini cepat-cepat lah ke TM-Point yang terdekat segera kerana promosi ini akan berakhir pada 31 Disember 2017.

Sunday, 8 October 2017

Bendera Union Jack (Britain) - Boleh ke Orang Islam Pakai??


Salam Sejahtera, lama dah tak post apa2 dalam blog ni..

Baru-baru ni saya terdengar ceramah oleh seorang Ustaz yang tidak asing lagi iaitu Ustaz Azhar Idrus.. Salah seorang daripada penonton telah bertanya tentang penggunaan bendera Union Jack(UJ) ataupun bendera Negara Britain sebagai hiasan. Namun jawapan yg diberikan oleh UAI telah membuka mata kerana selama ini memang saya tak pernah perasan tentang ini.

Di dalam masyarakat Malaysia kebiasaan mereka menggunakan bendera UJ ni kepada kereta mini mereka, samada diletakan di atas bumbung kereta dan juga di cermis sisi sebagai hiasan. Sebenarnya saya pun agak minat juga. Ada juga segelintir daripadanya jadikan sebagai hiasan di motosikal seperti di "seat" dan juga di tangki minyak..

Penggunaan bendera ini bukan sekadar pada kenderaan, malah ia juga dijadika corak didalam bidang fesyen seperti di kasut, Baju, beg dan sebagainya.. Namun pernahkah anda mencari maklumat tentang perkara ini??




Disini saya ingin berkongsi sedikit maklumat tentang bendera UJ ini. Bendera ini adalah bendera kebangsaan bagi Negara Britain, Pada 1606 asalnya Britain terdiri daripada tiga kerajaan iaitu, England, Scotland dan Ireland walaupun ketiga kerajaan tetap negara yang terpisah. Pada 12 April 1606. Sebenarnya didalam bendera UJ ini mempunyai 3 Salib yang mewakili tiga Negara ini.

Bendera UJ yang terdiri dari pada gabungan 3 salib ini ialah Salib melintang bewarna merah adalah mewakili Saint George dari kerajaan England, Salib menyerong berwarna putih mewakili Saint Andrew dari kerajaan Scotland manakala Salib menyerong berwarna merah pula mewakili kerajaan Saint Patrick dari Ireland.

Jadi jika kita yang beragama islam ni, boleh ke kite guna bendera UJ ni walaupun hanya sekadar hiasan atau corak semata-mata. Bukan ke macam kita membawa salib ini merata-rata?? Ini adalah sekadar perkongsian dari apa yang cari dari internet..Saya pasti anda lebih bijak dan atas anda untuk menilainya..

Mungkin  ada segelintir daripada anda telah mengetahui tentang perkara, mungkin juga ada sebilangan yang masih tidak tahu tentangnya. Jadi saya harap perkongsian ini berguna buat semua..


Saturday, 26 August 2017

Lazada Merdeka! Merdeka! Blogger Contest

Contest dari Lazada datang lagi.. Tarikh tutup : 31 Ogos 2017
https://www.lazada.com.my/blogger-contest/
Bagaimana untuk menyertai, mudah saja hanya klik link ini untuk syarat peraduan Lazada Merdeka!!

a. What do you love about being Malaysian?
  • Kenapa saya suka jadi rakyat Malaysia? kerana keharmonian kehidupan dengan masyarakat berbilang bangsa. Sebagai contoh, klau kita tinggal di taman-taman, selalunya dalam barisan rumah mesti ada bangsa Melayu, Cina, India kan, namun semua boleh hidup sama rata dan bertegur sapa antara kaum.
  • Makanan. Hanya di Malaysia sahaja kita boleh makan jenis masakan melayu, india, cina, arab dan macam-macam lagi.
b. Choose your favorite local brand here : http://www.lazada.com.my/malaysian-brands/
Untuk jenama tempatan pilihan semestinya Bad lab kerana telah menggunakan jemana ini sudah lebih dari 2 tahun dan saya sangat berpuas hati dengan produk ini
http://www.badlabco.com/
c. Select two product from that brand that you love.
  • BADLAB Dirty Deeds Facial Scrub 100ml 
  • BADLAB Legally High Refreshing Body Wash 400ml 



Ini antara produk-produk yang ditawarkan di Lazada sempena Sale di bulan merdeka ini. 

Jangan lepaskan peluang untuk bershopping di lazada kerana mereka sedang menjalankan Merdeka! Merdeka! Sale (http://www.lazada.com.my/merdeka-sale/)that will take place from 25 August to 31 August (where you can find special discounts up to 80%!). Masih ada masa lagi untuk membeli barangan sehingga 80% diskaun.






Wednesday, 16 August 2017

Cepat tukar ke Kad ATM terbaru Bank Rakyat



Kad yang terbaru ini juga saya dapati "design"nya lebih menarik dan moden tidak seperti yang dulu kebiasaannya berwarna oren dan biru. Antara ciri-ciri lain ialah fungsi "Paywave" dimana pelanggan hanya perlu sentuh sahaja pada terminal ketika untuk membuat pembayaran.
Para pelanggan boleh pergi kemana-mana sahaja cawangan bank rakyat untuk melakukan pertukaran kad ATM secara percuma. Menurut pihak Bank, pelanggan perlu menukarnya segera untuk mengelakkan kesesakan seperti yang berlaku ketika ingin menukar kad ATM Maybank & CIMB dahulu. Ini kerana pihak bank belum lagi mengumumkan tentang tarikh pertukaran yang rasmi.