Sunday 5 May 2019

Berita baik untuk Penjawat Awam dari TM

Assalammuaikum, lama dah xupdate entri blog ni..

Berita baik untuk penjawat awam yang disajikan oleh TM ni adalah "Pek Jasa". Mulai April 2019, pihak TM telah menawarkan Pakej RM99 kepada RM59 (tak termasuk SST yea) khas kepada semua penjawat awam yang berstatus TETAP sahaja.. Pek Jasa ni menawarkan panggilan telefon, sms dan data tanpa had kepada penggunanya.

Jasa pek ini akan mempunyai kontrak selama 2 tahun, Namun begitu, jika membuat pendaftaran sebelum 30 Jun 2019 tiada sebarang kontrak yang akan dikenakan. Pelanggan juga boleh mengekalkan nombor yang sedia ada, hanya perlu "port in" sahaja. Tapi kena pastikan anda tiada sebarang bil tertunggak atau "blacklist" dari telco lama.

Untuk melanggan anda hanya perlu ke TM Point yang terdekat. Anda perlu membawa sedikit dokument pengesahan seperti:-
           1.   Salinan Kad Pengenalan
           2,   Salinan Kad Pekerja
           3.   Cetakan Data peribadi (Hrmis)
           4.   Cetakan pengesahan jawatan tetap (Hrmis)

Anda juga akan dikenakan bayaran sebanyak RM100 ketika membuat pendaftaran, tp jangan risau, duit itu akan ditolak bagi bulanan anda. Jadi cepat rebut peluang yang ditawarakan oleh TM ni.. Untuk maklumat lebih lanjut klik pada link ini https://unifi.com.my/pekjasa/assets/pdf/Microsite%20Jasa%20Pack%201.pdf



10 comments: