Friday 15 December 2017

Penerima BR1M : Cara Menuntut Khairat Kematian

Salam.. mungkin ramai yang tidak tahu atau terlupa tentang bayaran khairat kematian bagi waris penerima BR1M. Untuk maklumat semua, anda layak untuk menuntut khairat kematian sebanyak RM1000.

Pada bulan Oktober yang lalu Bapa mertua telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya. Seperti biasa segala urusan wasiat semua perlu dilakukan dengan segera, Bukan itu sahaja, segala tuntutan yang layak dimohon juga perlu untuk membantu waris meneruskan kehidupan. 

Mungkin sering kali kita terlupa tentang khairat kematian ini dimana ia boleh dituntut jika simati mempunyai insuran yang meliputi kematian seperti insuran nyawa.

Jika simati itu adalah penerima BR1M pula, waris yang didaftarkan layak untuk menuntut Khairat kematian ini sebanyak RM1000, disini saya akan terangkan prosedur untuk membuat tuntutan ini kerana prosesnya agak mudah.

Waris perlu menghadirkan diri dimana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional yang terdekat, wakil tidak dibenarkan kerana pihak bank perlukan cap jari. Dokumen yang perlu dibawa bersama-sama adalah:-
  • Kad pengenalan waris
  • Sijil kematian asal
  • Sijil Nikah (Asal - Jika waris adalah isteri)
Selain waris menerima Khairat Kematian, waris juga boleh menuntut bagi BR1M yang masih belum dituntut.

Semoga perkongsian ini dapat dibantu.


3 comments:

  1. Salam kunjungan..teruskan usaha updated blog..sebaik ada kesempatan ya..BRIM tuntutlah kerana itu adalah rezeki sesiapa sahaja yang layak

    ReplyDelete
  2. Setiap bulan 1 entri..di laman ini..apapun terima kasih datang di laman Etuza ya

    ReplyDelete
  3. terima kasih..akan cuba buat yang terbaik..

    ReplyDelete