Friday, 14 July 2017

Kedai Gambar "Chan Sam Lock" akan ditutup selepas 71 Tahun Beroperasi

Kepada sesiapa yang lahir di Perak atau di Ipoh, pasti akan mengenali sebuah kedai gambar yang terletak di Jalan Sultan Idris Shah berhadapan dengan Kompleks Yik Foong yang dikenali sebagai "Chan Sam lock". Kedai ini antara kedai gambar yang terawal di Ipoh. Tanyalah pada Ibu atau Bapa anda, pasti akan kenal akan kedai "Lagend" ini. Kedai ini akan menutup tirainya pada 31 ogos ini selepas beroperasi selama 71 tahun.

Menurut Pengarah studio Chan Mun Loong, Perniagaan keluarga ini mengambil keputusan untuk menghentikan operasi sejak dua bulan yang lepas akibat kerana perniagaan yang kurang memuaskan. Menurutnya mereka telah menanggung kerugian sejak 2 tahun yang lalu berikutan dengan perkembangan teknologi yang pesat terutamanya dengan adanya telefon bimbit yang canggih yang mempunyai kualiti kamera yang hebat.

Meraka telah cuba menceburi bidang pembuatan papan tanda menggunakan lampu LED, namun tidak cukup untuk menampung kos untuk meneruskan perniagaan.

Dahulunya, Chan Sam Lock adalah salah satu kedai yang pertama yang mengunakan teknologi imej digital untuk penghasilan gambarnya. Kedai ini sering dikunjungi oleh keluarga untuk mengambil gambar perkahwinan dan juga gambar keluarga ketika Musim Perayaan.

Oleh itu, Pihak Chan Sam Lock menyeru kepada pelanggan yang masih belum mengambil gambar dari kedainya agar mengambilnya sebelum 28 Ogos Ini, Jika pelanggan gagal membuat sedemikian, gambar anda akan dilupuskan. Kepada sesiapa yang telah menempah gambar perkahwinan agar datang ke kedai untuk membuat "Photo Shoot" secepat mungkin dan jika mereka tidak mahu, mereka boleh meminta semula wang mereka.

Kedai ini adalah kedai Lagend yang kedua bakal ditutup selepas Mcdonald Ipoh.

Saturday, 13 May 2017

Bukan Filem Typical - Gifted

Sebuah filem yang mengisahkan seorang kanak-kanak berumur 6 tahun bernama Mary ( Mckenna Grace ) seorang kanak-kanak yang sangat pintar di dalam metematik, Mary tinggal bersama pakciknya Frank ( Chris Evans - Captain America ) selepas ibunya meninggal dunia akibat membunuh diri.

Namun, satu hari frank mengambil keputusan untuk menghantar mary ke sekolah tadika agar dia mengalami pengalaman menjadi seorang kanak-kanak biasa. Gurunya terkejut yang mary mampu menyelesaikan soalan matematik tahap tinggi. Pihak sekolah menyarankan agar mary diletakkan ke sekolah untuk anak-anak yang cerdik, tapi frank tidak bersetuju.

Oleh itu pihak sekolah menyiasat asal usul mary sehingga nenek mary dapat tahu tentang kehadiran mary. Neneknya juga seorang yang cerdik pandai dalam matematik sama seperti ibu mary sebelum ibunya membunuh diri. Neneknya mendesak frank agar mary tinggal bersamanya supaya dapat meneruskan kajian tentang permasalahan matematik yang ibunya tidak sempat diselesaikannya. Namun frank mahu mary menjadi kanak-kanak menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain.

Bermula lah plot dimana neneknya menuntut hak penjagaan keatas mary sehingga berlanjutan di mahkamah.

Apakah yang akan berlaku pada mary?, adakah mary akan terus tinggal bersama frank? untuk mendapatkan jawapannya, silalah saksikan filem ini yang masih ditayangkan di panggung. Untuk filem ini saya bagi 8/10 bintang. Filem ini bukan lah cerita aksi seperti Fast 8, tetapi jalan cerita dan cinematografinya saya bagi "Thumbs Up"

Baru tadi saya menonton filem ini selepas tertarik dengan trailer filem ini. Namun seperti yang disangka, tak ramai yang akan menonton filem ini kerana tidak ramai yang akan menonton filem yang tidak dipenuhi dengan aksi dan kesan khas yang banyak. Namun sekali sekala ambil masa untuk menonton filem ber genre yang bertemakan kehidupan.

Gifted Trailer

Monday, 17 April 2017

Note 5 Android Nougat - Akhirnya!!!

Hari ini 17 April 2017, akhirnya update android terbaru Nougat 7.0 sampai ke Malaysia!! Update yang ditunggu-tunggu oleh pengguna Note 5 boleh mula update secara OTA mulai petang tadi.

Dengan pantas Note 5 saya di update.. Disini saya ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman selama 4 jam dengan firmware terbaru ini dan juga fungsi-fungsi baru yang diperkenalkan.

Kebanyakan semua fungsi yang terdapat pada Samsung Galaxy S7 di bawa masuk ke dalam note 5 ini, cuma fungsi Always On Display nya sahaja yang tidak disertakan.

Antara Fungsi Fungsi Terbaru 
1. Mengubah Resolusi Skrin
Samsung telah menambah fungsi untuk memilih diantara resolusi HD (1280x720), FHD (1920x1080) & WQHD (2560x1440). Tujuan fungsi ini adalah untuk menjimatkan penggunaan bateri agar dapat penggunaan seharian lebih lama.

2. Perubahan Pada "Notification Area"
Bagi saya perubahan ini lebih menarik kerana semua "toggle" seperti wifi, data, gps telah disusun dengan kemas

3. Blue Light Filter
Fungsi ini adalah hampir seperti night mode, dimana skrin akan menjadi lebih agak "warm". fungsi ini sangat baik jika pengguna suka menggunakan telefon diwaktu malam dan di dalam bilik yang gelap. Fungsi ini juga adalah untuk tidak meletakkan stress yang tinggi pada mata anda dan akan membantu anda lebih mudah untuk tidur.

4. App Drawer
Dengan Nougat, ikon yang digunakan agak menarik. Tambahan "search Bar" di dalam app drawer sangat memudahkan, terutama kepada pengguna yang banyak apps didalamnya. hanya taipkan nama app yang dikehendaki, ikonnya akan muncul.

5. Setting
Di ruangan Settings juga di susun semula agar mudah mencari setting yang dikehendaki. Malah pada setiap opsyen juga akan ada sedikit info bahagian bawah opsyen tersebut. Susunannya yang kemas dan tidak berterabur. Setiap opsyen juga ada ikon disebelahnya untuk memudahkan carian.

6. Camera
User Interface untuk camera telah diubah. pengguna boleh swipe ke kiri untuk ke mode, seperti pro, panorama, slow motion. jika anda swipe ke kanan pula akan ke ruangan filtur agar gambar yang ditangkap menjadi lebih menarik.

7. Animasi
Ada sedikit animasi seolah-olah seperti ombak akan ada apabila anda ingin membuat panggilan telefon. sedikit perubahan tapi menjadikan ia lebih menarik.

Setakat 4-5 jam saya menggunakan Android Nougat pada note 5, keseluruhannya ia agak menarik. Cuma agak sedih kerana fungsi Always On Display tidak disertakan sekali dengan update ini. Padahal fungsi itu hanya melibatkan perubahan pada software sahaja bukan pada hardware.

Jika anda suka dengan post ini, sila follow & Komen blog saya sebagai tanda sokongan agar saya dapat memberi konten yang lebih banyak dimasa hadapan.

Wednesday, 5 April 2017

Prison Break Musim Ke-5

Prison Break kembali semula selepas musim pertama ditayangkan sekitar tahun 2005 dan berakhir pada musim ke-empat pada tahun 2009 dan ia kembali selepas 8 tahun dengan jalan cerita yang baru. Sesiapa yang masih ingat cerita ini pasti ingin mengetahui apa terjadi kepada Michael Scofield.

Prison break berkisahkan seorang adik yang ingin membawa keluar abangnya Lincoln yang dituduh membunuh atas bukan kesalahannya. Michael adalah seorang arkitek, telah membuat tatu  di seluruh badannya dimana tatu itu adalah lukisan pelan sebuah penjara dimana abangnya dipenjarakan. Micheal dengan sengaja membuat satu rompakan agar dia dipenjarakan di penjara yang sama dengan abangnya. Pelbagai cabaran dihadapi termasuklah pengkhianatan daripada banduan-banduan yang lain. Di dalam pengakhiran musim keempat adiknya Michael telah pun mati.

Pada Musim Terbaru ini, Lincoln dapat perkabaran yang adiknya masih hidup dan dipenjarakan dia sebuah penjara bernama Ogygia di Yemen. Kali ini penceritaan akan semakin mencabar kerana bukan sahaja lincoln perlu mengeluarkan Michael dari penjara itu, malah perlu menghadapi cabaran untuk membawa mereka keluar dari yemen yang ketika itu sedang bergolak.

Mampukan Lincoln di dalam misi menyelamatkan Michael. Sama lah kita menonton menerusi Iflix, dan juga FOX channel. Saya akan cuba update setiap minggu link untuk download siri ini.

Sebagai tanda sokongan, sila follow & komen. TQVM.

Prison Break Season 5
SE05EP1
SE05EP2
SE05EP3
SE05EP4 

Thursday, 30 March 2017

Samsung Galaxy S8

Tak Sampai 24 Jam Yang Lalu Samsung telah melancarkan peranti terbarunya iaitu Samsung Galaxy S8. Kali Ini Samsung mengeluarkan 2 versi iaitu S8 dan S8+. S8 didatangkan dengan Skrin  bersaiz 5.8 inci manakala S8+ mempunyai skrin Bersaiz 6.2 inci. Namun tarikh sebenar peranti ini akan sampai ke Malaysia belum diketahui.

Ciri-Ciri S8 & S8+
1.  Peningkatan yang paling ketara dalam peranti terkini daripada Samsung ini ialah "Infinity Display". Kebiasaan skrin telefon bernisbah 16:9, kali ini samsung memperkenalkan nisbah 18:9 membuatkan skrin menjadi lebih panjang. Skrinnya yang melengkung di kiri dan kanan memperlihatkan seolah-olah telefon ini tidak berbingkai.

2.  Kamera yang digunakan ialah 12 megapixel bagi kamera utama dan 8 megapixel untuk camera hadapan. Kamera utama menggunakan sistem sensor dwi-pixel agar gambar yang diambil lebih cantik samada siang atau malam.

3.  S8 kali ini memperkenalkan semula "iris-scanner" yang terdapat pada note 7. Fungsi ini membenarkan anda untuk "unlock" telefon anda hanya menggunakan mata anda. Fungsi ini akan meningkatkan lagi tahap keselamatan telefon selain fungsi pengesan cap jari.

4.  Samsung S8 masih mengekalkan rating IP68 bagi kalis debu dan air sehingga 1.5 meter selama 30 minit. Boleh lah berselfie dalam air.

5.  Kedudukan Pengesan cap jari juga telah diubah ke bahagian belakang besebelahan dengan kamera utama. Kedudukan yang agak kekok bagi saya.

6.  Tiada lagi butang Fizikal bagi butang Home. Butang home telah digantikan dengan heptic feedback. Fungsi yang hampir serupa dengan Iphone 7. 

Semalam Samsung juga memperkenalkan beberapa Gajet terbaru antaranya Gear 360, Gear VR yang mempunyai wireless controller dan juga Samsung DEX dimana membolehkan S8 berfungsi sebagai PC apabila disambung dengan Monitor.

Ini sedikit sebanyak fungsi yang ditawarkan oleh Samsung S8 dan S8+ ini. Keseluruhannya peranti ini nampak menarik dan nipis, kena tunggu dan merasai. Agak-agak berapa lah harga termasuk cukai bila sampai Malaysia nanti. Sama-samalah kita tunggu dan fikir-fikir untuk membeli atau tidak.

Lontarkan pendapat anda dibahagian komen dan sila follow blog ini.tqvm.

Monday, 20 March 2017

"Contact Backup" Jangan Ambil Mudah!!!


Pernahkah anda mengalami situasi apabila anda kehilangan telefon atau menjual telefon TAPI!!!!! takde "Backup Contacts" dimana-mana. Pada saat ni mesti stress kan.. Bukan sepuluh dua, tapi beratus Contacts hilang macam tu sahaja. Beli telefon baru mudah sahaja tapi macam mana nak dapat balik semua no telefon itu semula.. Saya kongsikan beberapa tips yang boleh anda lakukan.

1.  Menyalin Contacts di dalam Memori Card
Jadikan amalan sentiasa membuat salinan di dalam memori card anda. Untuk kebanyakkan samsung & android begini caranya. Pergi ke Contacts>>More>>Settings>>Import/Export contacts>>export>> pilih export to SD card. Telefon akan menyimpan di dalam memory card di dalam format .vcf . Anda hanya perlu import semula fail ini ke dalam telefon yang baru. Kaedah ini berguna jika anda menjual telefon tapi kad memori diambil semula.

2.  Upload pada Google drive 
Setelah contacts telah di backup di dalam kad memori seperti kaedah diatas, ada baiknya jika ia dimuat naik kepada google drive.Jadi anda boleh download semula apabila anda memerlukannya. Kaedah ini baik memandangkan ada sesetengah telefon bimbit didatangkan tanpa slot memori kad tambahan seperti Galaxy Note 5.

3.  Aktifkan Sync Contact
Pergi ke Setting telefon anda, pilih Account >> Google >> Klik Pada email anda >> Sila Tick pada Sync Contact. Fungsi ini akan syncronize semua contact secara automatik di dalam talian. Namun funsi ini memerlukan sedikit data. Namun jangan lah anda risau, fungsi ini tidak menggunakan data yang banyak. Fungsi ini juga dapat membantu jika bateri telefon anda habis dan anda perlukan no telefon seseorang dengan segera. Anda hanya perlu cari komputer yang ada internet taip laman web https://contacts.google.com/ , log masuk dan anda boleh mendapatkan no telefon yang anda perlukan seperti contoh dibawah.


Mungkin anda rasa cara backup contact ini agak remeh, namun ia akan rasa berbaloi jika sesuatu yang tidak diingini atau kecemasan berlaku pada diri anda. Tak salah membuat persediaan awal kan..

Semoga sedikit perkongsian tips ini dapat membantu anda.. Jika ada sebarang pertanyaan atau kemusykilan, sila lontarkan dibahagian komen. Jangan lupa untuk follow Blog ini.

Sunday, 19 March 2017

Lazada birthday Blogger Contest




Setiap tahun kita akan menyambut ulangtahun kelahiran kan, tidak terkecuali juga kepada Lazada Malaysia, tahun ini Lazada Malaysia akan menyambut ulangtahun ke-5 nya. Memandangkan Lazada ni satu-satunya online store yang saya sering membeli belah terutamanya barangan Gajet. Bila tengok ramai para blogger buat entri tentang peraduan ni, tergerak hati nak menyertainya.

What Do I love About Lazada Malaysia?
1.   Pertama sekali, perlindungan pelanggan. Itulah perkara yang paling dititikberatkan apabila seseorang ingin membeli belah secara online. sebenarnya bukan semua orang berani membuat transaksi secara online. Jangan risau, Lazada Malaysia melindungi anda.

2.   Mempunyai senarai barangan yang luas, yang paling menariknya, Lazada Malaysia bukan hanya menyediakan barangan dari dalam negara, Pelanggan juga boleh membeli barangan dari luar negara. Kebanyakkan barangan dari luar negara ni penghantarannya PERCUMA. Setakat ini saya jumpa perkhidmatan ini di Lazada sahaja.

Top three Product picks from Lazada Malaysia
Memandangkan saya ni penggemar gajet, tentunya pilihan saya gajet juga..

1. DJI Osmo Mobile
http://www.lazada.com.my/dji-osmo-mobile-handheld-stabilized-gimbal-17346168.html?boost=2
Fungi gimbal ini adalah untuk menstabilkan rakaman video agar hasilnya lebih cinematic. Gajet yang sangat penting bagi travel blogger untuk menghasilkan Vlog yang cantik. Ia Juga sangat bagus untuk yang gemar mengambil timelapse video.

2. Sandisk Connect
http://www.lazada.com.my/sandisk-connect-wireless-stick-32gb-usb-flash-drive-for-iphoneamp-android-black-9855215.html?rb=1357
Sandisk Connect ini pula berfungsi untuk memudahkan pemindahan data daripada telefon bimbit atau pun Kamera terus kepadanya melalui sambungan wifi. Jadi tak perlulah membawa laptop yang berat bersama-sama ketika travel. Hanya perlu sambungkan pada powerbank dan terus sambungkan kepada wifi..

3. Aukey 16000 powerbank

http://www.lazada.com.my/aukey-qualcomm-certified-16000mah-quick-charge-3-powerbank-qc30pb-t9-note-7-htc-12281693.html?rb=17999&boost=2
Kenapa saya pilih jenama Aukey? 1 sebab paling utama, ianya "support Fast-Charging". Memandangkan saya menggunakan Note 5 dan Wifey pula guna A7 dimana kedua duanya mempunyai ciri "fast Charging. Ia boleh penuhkan bateri telefon tak sampai pun  sejam. Cepat & Pantas!!


How do you think Lazada Malaysia can improve?
1.  Saya rasa sudah tiba masanya Lazada Malaysia mempunyai Gudang sendiri agar semua barangan tersimpan dan menggunakan kaedah Centralised Shipping. Dengan itu Lazada boleh mempunyai QC tersendiri agar dapat menjaga kualiti barangan yang akan dihantar dan juga pengurusan stok akan lebih rapi.

2.  Untuk barangan yang dihantar dari luar negara, Agak menarik kalau pihak Lazada Malaysia dapat memendekkan masa penghantaran dari 14 hari bekerja ke 7 hari bekerja.


===============================================================================================


Terakhir sekali, " I would like to wish Lazada Malaysia happy 5th birthday, may your team have a prosperous year so you can continue giving us your customer a very good service and i wish Lazada Malaysia to grow stonger and become number 1 in online shopping "

Wednesday, 15 March 2017

Larangan Visor Helmet Gelap : Baik atau Mengarut?

Sejak dua menjak ni semakin kerap polis buat sekatan jalan raya di sekitar ipoh & terutamanya di Batu Gajah. Tak Tahu kenapa?? Ramai yang kata sebab... Semalam selepas minum pagi dengan menaiki motosikal nak menuju semula ke pejabat. Bertembung lah dengan "Roadblock". Mulanya ingatkan abam2 polis ni dok singgah makan sebab takde letak sebarang kon & Papan tanda sekatan yang seperti biasa. Sekali kena tahan la pulak..

Sebelum tu ade jugak tengok penunggang motosikal yang lari. Memikirkan motosikal "standart" je & rasa tidak ada salah apa-apa. Diorang minta lesen memandu dan kad pengenalan. Sekali polis cakap "Visor" ni salah dan saya diminta untuk ketepi. Hadoii..nak kena saman lah pulak. Tengok dah 5-6 biji moto yang dah disaman. Nasib baik la saya tak kena saman dan diberi amaran sahaja.. Alhamdulillah.. Hanya visor yang jernih sahaja yang dibenarkan, gelap sikit pun tak dibenarkan.

Namun, apakah rasional larangan ini dibuat, dengar-dengar kata sebab apabila berlaku kes samun, tembak & rompakan yang melibatkan motosikal, si pelaku jenayah itu memakai visor yang gelap sehingga tak dapat melihat wajah penjenayah itu untuk pengecaman. Untuk ini bagi saya agak rasional.

Tapi sebagai penunggang motosikal biasa, tujuan memakai visor yang gelap ini adalah untuk keselesaan ketika membawa motosikal ketika waktu tengahari yang panas terik. sedikit sebanyak dapat membantu mengelakkan silau dan mengantuk. Almaklumlah cuaca sekarang ni lain macam panasnya.

Sebagai pendapat, kalau boleh dipertimbangkan agar ada kadar peratusan telus cahaya diperkenalkan untuk visor seperti yang dikeluarkan untuk tinted cermin kenderaan persendirian. Seperti kereta, cermin hadapan perlu 70% telus cahaya, untuk visor helmet seeloknya mengikut spesifikasi yang sama.

Rumusannya, larangan ini ada baik dan kurangnya dari aspek keselamatan. apakah pendapat anda?? Sila follow blog saya & lontarkan pendapat anda di bahagian Komen.



Friday, 24 February 2017

Dari sebuah kisah benar : L.I.O.N

Dalam mencari movie baru untuk ditonton, terjumpa satu "MOVIE" yang jalan ceritanya sangat menarik, diadaptasi daripada kisah benar tentang seorang kanak-kanak yang benama "saroo" yang wataknya dibawa oleh "DEV PATEL". Berumur 5 tahun tahun, terpisah 2000km daripada abangya apabila tersesat dengan menaiki keretapi yang dia sangkakan abangnya berada didalam.

Dalam pelbagai masalah yang dihadapi, Saroo akhirnya tinggal di rumah anak yatim sehingga pasangan Australia mengambilnya sebagai anak angkat. Saroo belajar berbahasa inggeris sehingga hilang bahasa Hindi di dalam dirinya.

Selepas 25 tahun saroo menyedari tentang kehadiran "GOOGLE EARTH" dan mengambil keputusan untuk mencari keluarga asalnya, didalam dirinya ada 5 memori visual tentang kampung asalnya, menggunakan google earth, dia mengesan lingkaran jalan keretapi sehingga ketempat akhir stesyen keretapi itu berhenti iaitu di culcutta ketika dia tersesat semasa kecil dahulu.

Adakah saro akan berjumpa dengan keluarga asalnya. tontonilah movie yang dibintangi oleh Dev Patel & Nicole Kidmann untuk jawapannya.

Trailer : 

Download Link : LION 2016

Wednesday, 22 February 2017

Ciri-Ciri Baru Aplikasi Whatsapp!!

Whatapp telah membuat pengumuman bahawa menjelang ulang tahun ke-8 pada 24 Februari, pengguna aplikasi whatsapp akan menambah "feature" yang terbaru. Lebih daripada 1 billion pengguna Whatsapp akan menerima Ciri-Ciri baru mencerminkan seperti aplikasi Popular SNAPCHAT

Bermula hari ini, update terbaru iaitu "STATUS", dimana anda boleh berkongsi gambar dan video dengan rakan-rakan anda melalui whatsapp dengan cara mudah dan selamat. Gambar, video & "Animated GIF" yag dikongsikan akan luput selepas 24 jam, hampir sama dengan fungsi SNAPCHAT STORIES.

Ciri ini telah wujud dalam Snapchat sebagai Stories Live, sejak 2014. Facebook Inc, yang memiliki WhatsApp, telah mengguna pakai fungsi seperti yang digunapakai oleh musuh mereka iaitu Snap Inc. 


Ogos lalu, Facebook memperkenalkan ciri tersebut dalam Instagram semasa menguji ia untuk aplikasi mudah alih Facebook. 

WhatsApp dilaporkan akan mengambil sedikit masa untuk memastikan ciri-ciri itu berfungsi dengan baik sebelum melancarkannya.

Jadi, mulai 24 haribulan ini anda boleh lah cuba-cuba semak di "Google Playstore" mungkin update ini telah boleh dimuat turun atau tidak. Namun nasihat saya, jangan lah terlalu bergantung dengan sosial media, sekali sekala kena lah bersosial seperti zaman dulu-dulu.

Sunday, 19 February 2017

Pentingnya Memilih Ajen Prudential yang baik

Pada penghujung tahun 2014 setelah berbincang dengan wife, kami pun telah bersetuju untuk mencari "Medical card" untuk anak sulung kami yang ketika itu baru berusia setahun lebih. Dikalangan rakan sepejabat ada yang telah memiliki medical card ini. Rata-rata, mereka mencadangkan agar kami memilih "PRUDENTIAL BSN" kerana daripada perkongsian pengalaman mereka adalah positif.

Misi mencari ajen prudential bermula, seperti biasa saya akan mencari agen yang pandai memberi "explaination" yang terbaik. Bermula di "Billion Shopping Centre", kebetulan saya dan rakan2 sepejabat membuat sedikit pameran tentang dadah disitu, ada satu "Booth" Prudential disitu, agen itu hanya duduk sahaja dan tidak aktif, lalu saya mengambil langkah untuk mendekati dan bertanya tentang produk mereka. Ternyata hampa, agen itu menunjukan sikap acuh tak acuh. So, Pangkah terus..

Setiap hujung bulan, kami sentiasa membeli barang dapur di MYDIN meru. Kami dihampiri oleh seorang agen, memperkenal diri sebagai HA**IZ*. Penerangan yang diberikan agak baik. Biaselah nak jual produk. Sebenarnya memiliki medical card ini sgt lah penting.. Bayangkan jika anak sakit. Kalau nak pergi hospital kerajaan, macam biaselah, lambat. Lebih teruk kalau sakit yang perlu rawatan yang segera. Kalau rujuk ke hospital "private" pasti segala urusan akan lebih cepat dan selesa. Tambahan pula melibatkan kanak-kanak. Jadi kami mengambil keputusan untuk mendaftarkan anak kami dengan produk yang telah ditawarkan dan bersesuaian poket kami. Untuk makluman, medikal card ini ada tempoh menunggu selama 3 bulan. Itu memang prosedur mereka, kalau masuk hospital sebelum tarikh matang kena lah bayar sendiri dulu baru "claim" kemudian.

Sekarang baru masalah bermula, nasihat saya cari lah agen yang "base" di tempat anda. Mereka ni kadang-kadang datang dari KL. Lebih baik kalau agen ini dikalangan rakan-rakan anda sebab klau berlaku kecemasan mereka boleh datang dan membantu memudahkan perjalan proses pendaftaran. Ada sesetengah agen yang mempunyai inisiatif menghargai pelanggan mereka dengan melawat di hospital. Pasti anda akan rasa sangat dihargai.  Mula-mula sebelum daftar, whatsapp sikit, balas mesti berjela-jela. Lepas dah daftar, whatsapp salam pun xbalas.. Hermm.. Mungkin sibuk. Tanya pasal proses kemasukan pun nak tak nak jawab. Hermmm lagi..

Nak dijadikan cerita, 16 Januari 2017 lalu, anak sulung saya dijangkiti penyakit "Tangan, Kaki & Mulut". Pertama kali nak masukkan anak ke Hospital "Private", memang langsung tiada pengalaman. Jadi saya ambil keputusan untuk cuba menghubungi agen Prudential tersebut, selepas 3-4 kali baru agen tersebut mengangkat telefon. Dimaklumkan bahawa deposit untuk masuk hospital hanya RM300, ternyata maklumat yang diberikan salah. Deposit terkini ialah RM500 ya. Pihak hospital pula menyatakan bahawa "rate" bilik yang ada hanya tinggal yang bernilai RM250 semalam sedangkan limit untuk anak saya hanya bilik beharga RM200 sahaja. Cuba untuk menghubungi agen tersebut, walaupun 14 kali saya cuba hubungi namun tidak berjawab. Hanya selepas kali yang ke 15 baru agen itu mengangkat telefon, agen tu hanya jawab "KENA BAYAR SENDIRI LAA, BUKAN BANYAK PUN, 50 RINGGIT JER". Tapi kalau 4 hari dah berapa? Tidak sepatutnya seorang agen boleh berkata begitu.

Menurut pengalaman rakan-rakan, kebanyakan agen akan datang untuk melawat jika mereka mempunyai masa atau pun sekurang-kurangnya bertanya khabar tentang klien mereka kerana jika klien mereka masuk ke hospital, mereka akan mendapat pesanan ringkas tentang makluman itu, Agen ini langsung tidak berbuat sedemikian, malah ketika anak saya nak discharge, saya cuba whatsapp kepada agen tersebut untuk bertanyakan prosedur, seperti biasa TAK BERBALAS. Nasib baik pihak hospital banyak membantu. Malah urusan claim harian pun kena kerap bertanya,

Secara ringkasnya, perlindungan insuran itu sangat lah penting, namun pilihlah agen yang bertanggungjawab, jangan memilih agen yang bersikap lepas tangan. Namun bukan semua agen seperti itu, mungkin perkara ini hanya terjadi pada saya untuk saya belajar daripada pengalaman. Pihak PRUDENTIAL perlu memantau agen-agen mereka kerana agen ini adalah "representative" syarikat. Kepada agen yang baik, teruskan usaha anda, kepada yang tidak, berubahlah demi kebaikan bersama.

Cara Mendapatkan semula telefon yang hilang

Kehilangan telefon mungkin jarang berlaku, tetapi bagaimana kalau ditakdirkan telefon anda hilang tak kisahlah samada ia tercicir atau dicuri. Disini saya ingin berkongsi cara bagaimana untuk mendapatkan semula telefon anda. Cara ini adalah untuk pengguna telefon berjenama Samsung sahaja. Jenama lain mungkin ada cara mereka sendiri.

Kebanyakan orang sibuk nak beli telefon yang mahal2, tapi tak pandai untuk "fully Utilised" telefon itu. Kebanyakan telefon Samsung mempunyai finger print lock. Saya amat menyarankan supaya anda menggunakan fungsi ini daripada 'Pin' yang agak ketinggalan.

Untuk pengetahuan saya menggunakan Samsung Note 5, namun masih sama asalkan jenama Samsung. Ramai sekarang agak tidak suka pada sesetengah model samsung yang baterinya terbina didalam. Saya pula suka akan "feature" ini kerana si PENCURI atau Orang yang menjumpainya tidak boleh nak "OFF"kan telefon itu. Bagus Bukan?? Jadi saya akan berkongsi caranya.

Langkah-Langkahnya
1.   Daftar dengan Samsung Account. Pastikan simpan Username & Password
2.   Pergi ke Setting>Lock Screen & Security>Find My Mobile
3.   Sila On kan pada Remote Control dan juga Google Location Service

Namun Begitu pengguna perlulah sentiasa ON kan data & Location. Saya kadang2 tak paham kenapa lah kedekut sangat nak onkan Data & Location, sebab ia tidak memakan data yang banyak. sedangkan untuk YOUTUBE & FB boleh pulak perabis Data, Location pula takut bateri cepat abis, hermm, kan Boleh cas semula.. Jadilah pengguna yang bijak.

Anda perlu ke laman web ini https://findmymobile.samsung.com .Login pada samsung Account. Anda kan nampak seperti ini. Laman Web ini boleh diaksess melalui Komputer atau telefon bimbit.


Selepas anda login, lihat pada bahagian atas kiri, pilih telefon bimbit anda, web ini akan terus mengesan lokasi secara umum dimana ia berada jika telefon anda masih on. Jika pihak yang jumpa tu telah offkan telefon, kena tunggu sampai dia on semula, Telefon tidak boleh dioffkan jika, telefon itu mempunyai password dan bateri tidak dapat dikeluarkan.


Langkah kedua anda boleh mengunci telefon anda menggunakan pin dan kunci telefon anda dari di "shutdown" secara "remote".


Setelah lokasi dikenal pasti dan dikesan bolehlah menuju ke tempat yang ditunjuk. Lebih mudah jika si pencuri berada di luar rumah seperti contoh di kedai makan. Sampai sahaja disana, anda boleh "RING MY DEVICE" untuk mengesan kedudukan yang tepat. Tindakan selanjutnya terpulang lah kepada anda.

Namun jika usaha ini masih gagal, terpaksa lah membuat tindakan yang terakhir ini iaitu dengan memadamkan segala data didalam telefon itu menggunakan opsyen "WIPE MY DEVICE". Sangat merbahaya jika maklumat peribadi, maklumat akaun dan gambar2 jatuh kepada tangan orang yang tidak bertanggungjawab. Terpaksalah redha.

Harapnya dapatlah membantu anda serba sedikit.

Sunday, 5 February 2017

Jom Lepak D'Muara


Isnin yang lalu selepas pulang dari melawat kakak di kedah, teringat tentang satu kedai yang terletak di Tanjung Piandang. Ini semua terjadi bila ade seorang kawan ter"share" gambar Mee Udang di dalam laman Sosial Facebook miliknya.. tengok jer dah terliur.. Si Wifey pulak mengajak gi try kat situ..

Maka Misi mencari kedai makan ni pun bermula.. Klau ikutkan klau nak cari sendiri Memang xkan jumpa lah kedai ni.. Maka khidmat Google Maps pun digunakan.. Untuk dapatkatkan "maps"nya, boleh bukak laman sosial Facebook "Jom Lepak D'muara Kg Nelayan Tanjung Piandang".. Sebenarnya jenuh juga nak mencari, Landmarks untuk lebih mudah ialah kena mencari sebuah Tokong Cina Besar di dalam pekan tu.. kena ikut lorong kecil di sebelah kanan tokong itu sehingga jumpa laut..Kedudukan kedai ni betul berhampiran dengan muara menghubungkan sungai dan laut

Inilah suasana permandangan dari kedai Jom Lepak D'Muara. Betul-betul sebelah laut.. Kira makan sambil hirup udara & angin laut laa..

Dah smpai ape lagi cari ler parking.. hehehe.. sampai je kami tengok menu yang ade.. xbanyak sgt sebenarnya, masakan panas pun ada disediakan.. Tapi menurut penduduk sekitar, makanan sampai agak lambat berikutan pelanggan banyak.. alhamdulillah ketika kami datang tu xramai sgt.. Kami pun order Maggie Double Special 2 pinggan dan Koewtiaw Goreng untuk anak kami Zaryth..

Mee Udang Double Special RM15.00

Ni la rupenya Maggie Double Special kami.. "Portion" dia memang banyak.. Nak tahu apa yang ada kat dalam ni??
  • Maggie
  • Ketam 2 ekor
  • Udang Lipan 2 ekor
  • Udang saiz besar 2 ekor
  • Udang saiz sederhana 2 ekor

Ni Koewtiaw Goereng Udang pilihan Abang Zaryth. Nampak macam biasa-biasa sahaja.. Tapi rasa sedap woo.. Nmpk kosong sebab mintak tak nak pedas & sayur.






























Ais Kacang tinggi menggunung.. Nasihat saya ialah, jangan beli sorang satu.. Ais Kacang ni Boleh dikongsikan sehingga 3 orang.






























Ni lah hasilnya bila datang tempat yang sedap ketika tengah lapar..




































Jumlah kos Kesemuanya RM40.00 sahaja
  • Maggie Double Special 2 pinggan
  • Koewtiaw udang sepinggan
  • Ais Kacang 
  • Milo ais
  • Teh O Ais 2 Cawan
  • Nescafe O Ais
  • Ais Kosong 
Sangat berpatutan bukan?


Secara keselurahannya kedai ni tidaklah nampak gah dari segi luarannya, namun rasa masakannya tersangatlah THOOORRRBBAAEEKK!! .. Bagi saya yang pernah makan mee udang di Kuala Sepetang dan Sungai Dua, ternyata kedai ini tapau habis..Cuma kedai ni agak jauh untuk kesana.

Kedai Jom Lepak D'Muara  memang bersebelahan dengan laut, kami sekeluarga mengambil kesempatan menikmati keindahan tuhan dengan melihat matahari terbenam.. Semoga bertemu lagi..

Abang Zaryth tak nak "join" bergambar

Suasana matahari terbenam